What will happen if tak jadi kahwin?
Hm i am so stress rn.
On what happened between us and both of us are EGO. So defensive. What will happen in next?
Lost. Totally lost and down.
Saturday, 23 April 2016
Monday, 11 April 2016
Hectic day
Today was a hectic day for me, pagi bangun subuh and gegas ke Pejabat Tenaga Kerja kat Bangi sebab aku nak failkan kes pasal ex majikan yang TAK BAYAR gaji aku. Ingat hidup berkat ke makan tenaga and keringat orang pastu tak bayar?? Kemain macam ustazah bagi nasihat, mulut manis kata kat orang yang kau jaga staff kau. Shit man. Ni la punca orang bercakap pasal "macam ustazah" kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ustazah ustazah lain tak bersalah, tapi kau ni la punca buat imej ustazah tu buruk, tahu tak? BODOH punya majikan erghh.. Kebajikan staff tak jaga, tak bayar gaji, gaji lambat and all stuffs. So puas hati aku dah buat report kat Pejabat Buruh so tunggu je la yek surat panggilan untuk perbicaraan pada 25 April nanti. Gaji aku memang tak banyak but dengan gaji tu aku dapat survive 2 bulan kat campus. Bukti semua aku ada, written, oral pun ada. Aku ada record perbualan kau dengan aku dimana kau kata kau akan bayar gaji aku. Zzzzzz..
Jeng jeng jeng company XXX
Aku tengah membayangkan aku dengan kawan kawan aku photoshoot kat sini weh haha
And bayaran murah gila, RM100 je dapat bantal nikah, mic tu semua la untuk akad nikah nanti. Then catering pulak, boleh ambik yang listed dengan masjid je. Harga pun takde la mahal. Standard catering per pax. So cun lah. Lega dah satu bab. Lagi berapa bulan je weh. Dengan aku busy dengan shooting and assignment lagi. Harap sempat la nanti dan tak tergopoh gapah.
Dan lalu esok moh la kita ke Langkawi bersama teman teman. Aliff, Que, Wani and I. Aliff sorang
Wednesday, 6 April 2016
Broadcasting- Floor manager to be or cameraperson to be?
So, sem ni ada MCP. ada production so we chose variety show and propose artist and stuff. Banyak gila assignment sem ni and lepas satu, satu sampai diri sendiri pun terabai. Haha. and here my degree life. So biasanya aku akan rapat dengan Aliff, Afiq and Wani (macam biskut). Afiq and Aliff je lah jadi my bodyguard dekat Shah Alam ni and always together. Sekarang cerita hang nak jadi FM or cameraperson? Okay, FM lah sebab I am more confident to be FM or Director. Boleh maki orang dan FM jadi mangsa maki. Haha. My ambition. Setelah sekian lama aku mencari cita cita aku nak jadi apa. So umur 23 tahun baru jumpa. Apa cita cita anda?
Me yeah
Aliff yeah
Afiq yeah
Ya allah besau naw weh camera memang tak la kan aku jadi cameraperson
Busy sangat sampai tak sedar lagi berapa bulan kahwin dan aku TAK PREPARE apa apa langsung. Kain dah beli semua tapi tak tempah lagi. Pelamin tak book lagi, goodies tak beli lagi. Apa lagi??? KURSUS PUN TAK PERGI LAGI. Ya aulohh, nak kahwin ke idok ni. Hmm kalau kahwin lagi 2 tahun dapat la fefeeling tempah baju kat The Cosry dress ala ala Anzalna kan. Tapi hmmm boleh tak tangguh kahwin? Malasnya nak prepare apa apa. I want to finish my study first laa macamni. Dah la dengan pindah ke Rembau nye nanti. LDR laaa dengan suami nanti. Hm camana niii. *nangis laju laju*
Thursday, 31 March 2016
Ke Langkawi lah kita
Cuti mid term break next week dan moh la kita ke Langkawi bersama teman teman! Tazzabarrrrrr
Sunday, 27 March 2016
Nak nikah kat mana ni
lalu aku buntu
nak nikah kat mana
tarikh dah ada
sebok nak nikah tapi kursus tak pergi lagi
LOL
nak nikah kat mana
tarikh dah ada
sebok nak nikah tapi kursus tak pergi lagi
LOL
Friday, 25 March 2016
countdown
Kali ni post pasal kekasih la. Hehe topic macam geli je kan but yeah nvm saje la nak share sikit. Well, tunang aku 5 tahun tua daripada aku, dia 28 dan aku 23. Memang cara pemikiran dia matang dan dia banyak ajar aku, sedarkan aku. so alhamdulillah aku dapat kenal dengan dia. banyak kurang, serious aku banyak kurang, dia topup. kasi cukup haha so aku dengan dulu macam ada la perbezaan sikit kan. siapa yang rapat tu maybe sedar la kot aku macam dah okay sikit tak macam dulu haha taktau la dulu macam mana kan. biasala jiwa muda remaja dulu mesti rebel.
okay basically dia tak pernah kongkong aku dan aku pun tak pernah kongkong dia. dia nak keluar dengan kawan perempuan dia, aku keluar dengan kawan lelaki aku. dia okay. aku okay. we trust each other la. and sepanjang bekenalan dia tak pernah check phone aku dan aku jarang check phone dia. kalau aku pegang phone dia sama ada nak selfie atau tolong balaskan message kawan kawan dia. other than that takde la aku nak selongkar phone dia ada apa semua. aku percayakan dia. since weve been together about 800++ days tak pernah la gaduh pasal perempuan lain, macam takde motif je nak gaduh pasal perempuan lain haha. macam budak budak. selalu gaduh pasal perangai aku mengada macam taik ayam ni je tu yang dia stress lagi lagi seminggu sebelum period hm bertabah je la hati dia tengok aku meroyan macam orang gila. sekejap je la then okay balik dah.
dalam relationship ni kena ada trust and hormat aku rasa. dulu aku suka layan dia macam teruk gila kot, skrg cakap dengan dia pun kena soft soft kalau tak nanti kena tegur. haha he is very firm. if he said no, then no la. kalau pujuk sikit, maybe boleh la kot nego kan tapi dia akan psycho aku balik supaya benda tu jadi no. cara dia cakap very firm and mmg power sampai aku hm okay macamtu. okay la kan, kalau aku melawan ke apa ke kang sampai kahwin, berdosa woooo.
lepastu apa lagi eh... hmm cara aku cakap dengan dia and dengan kawan aku. dengan kawan aku berborak mmg gila la wehh, lahnat apa semua haiwan keluar dari mulut, kawan pun macam lehnat perangai kan. haha dengan dia? sorry brooooo. lu cannot aaa cakap cam kawan. well, aku rasa aku ada dua personaliti. haha bila dengan kawan aku lupa diri sekejap. nasib la pergi konsert haritu najeeb tak ikut, aku ras aku berjoget macam aku lupa aku ada alas atas kepala aku. haha. dah kawan pun bejoget macam kat club, takkan gua nak tengok je. hahaha okay takpe kasi can la kan sebelum bergear Puan ni. nanti.... non hado. nak balik lewat tgh malam pun entah lepas entah tidak. skrg boleh la parents aku tak marah pun jenis nak balik lambat tp diorang tahu la aku kemana semua. selalu dengan kawan kawan rapat la, lepak ke borak ke konsert ke makan ke tengok wayang macamtu je laa. takde la nak buat benda bukan bukan
kau nak buat apa kau buat, asalkan solat kau tak tinggal. dulu aku jenis solat boleh kira dengan jari la dalam setahun tu kan. sekarang kita nak improve kan diri kita. sebab aku tanya najee "b you kalau missed solat you rasa bersalah tak?" and he said "ye la" lepastu aku sentap. deep weh aku tinggal solat tanpa rasa bersalah. kau raseee??? so skrg ni aku nak pupukkan benda tu, solat weh. aku pulak jenis hu ha hua punya orang kan. so skrg ni hu ha hu ha ye gak, solat kalau boleh kena cukup kan. improve. aku berubah dari 0 dulu bukan macam teruus berubah macamtu. aku pelan pelan. kayuh pelahan lahan. mula mula pakai tudung baju ketat (skrg pun) haha tp skrg dah kurang, pastu nampak dada (skrg ada sikit) sikit sikit la berubah en sampai skrg kalau aku pakai tudung tak tutup dada, aku rasa macam malu. so aku labuhkan sikit tudung. longgarkan sikit baju, kadang kadang ade jugak telepas pakai ketat lagi lagi seluar hahaha takpelah kita perlahan lahan la berubah ye dak. berubah pemakaian, hati pun kena la berubah sekali ye dak. sebab aku taknak la di cop "pakai tudung tapi hati hitam" taknak la doh macamtu kan.. selalu la ber positif inshaallah tenang la hati tu. kalau kau duk fikir negative je tentang orang, memang negative je la. hati tu yang penting. kalau bertutup semua tapi masih lagi bercakap buruk tentang orang lain, tak manis kan? tetapkan hati, ikhlas kan hati. inshaAllah... nak cakap lebih lebih pun tak boleh sebab aku pun tak perfect. lol but dalam usaha memperbaiki diri. istiqamah
Subscribe to:
Posts (Atom)









