Pages

Monday, 28 December 2015

"Preferrable candidate speaks Mandarin"

0 comments
Refer to the matter above, tajuk di atas.

Kau tak rasa ke kau tiba tiba... rasa kecil sangat. Bahasa mandarin sekarang antara bahasa utama selain bahasa inggeris. And start now on you have to learn it! Bahasa mandarin. Bahasa inggeris pun aku rasa ter agak agak lagi ni. Macam mana? Bahasa Arab pun kena belajar. Mandarin pun kena belajar.

I realize, i think most of us kot, lagi lagi bila kau bukak JobStreet kan, tengok company tu nak criteria macam mana dari kau.. 50% daripada company tu mesti nak kau boleh speak Mandarin. Sometimes aku rasa macam eh diorang ni racist ke? Tak kot, sebab senang nak communicate dengan client as Chinese dari dulu sampai sekaranga adalah pedagang dan memonopoli tunjak utama perniagaan. So kau atleast lah boleh la berbahasa mandarin senang siket nak faham diorang mencarut cakap apa dengan kau. Haha. Kita pun boleh berbalas cakap diorang. Lepastu kita boleh jadi antara backpackers yang galas bag Deuter pergi tawan tembok besar China kat Beijing. Gitu lah kekdahnya.

So, boleh la kau start pergi kelas mandarin. 

Template changed!

0 comments
Bosan sungguh kat office sampai satu tahap, esok sebelum nak pergi kerja, malamni aku fikir....

"Esok nak search ape ek. Blog dah habis baca, news memang akan selalu baca.. Zass Zasss..."

Mood pink bertukar jadi blue. Isk pastel blue. 


Saturday, 26 December 2015

Gambar tunang

0 comments
Baru dapat gambar tunang and semua gambar memory besar aiyo nak send dekat kawan kawan pun makan tahun.

Haha suka sangat sampai terjojol gigi kau



 And this is how my pelamin looks like. There, 5 dulangs from my part for him. Jelly, sirih junjung, buah buahan, ferrero rocher. The Coffee Bean red velvet cake sponsored by Yekegurlz. Thank you so much guys!

 After sarung cincin

His mum and aunts



haha suka part ni jugak. perfect shot

I was in my room and yeah the discussin between two families..

With the low budget, DIY hand bouquet and simple make up by me


My bestfriend and his bestfriend/ And actually, it should be Elyna and Heikhal too which is Heikhal (his friend) and Elyna (my friend) yang kenen kenen kan kami gituu. But sadly they were not coming on my day.



Monday, 21 December 2015

Interview Degree Masscomm UiTM

2 comments
Assalamualaikum, 
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang...

Right before aku nak pergi iv kat UiTM, aku buat survey dulu baca blog nak tau macam mana pengalaman orang yang pergi interview degree kan. Best ke takut ke ape ke. 

Well mula mula aku dapat panggilan la dari UiTM untuk menghadiri temuduga masscomm kat Shah Alam sebab masa apply pun aku apply course Masscomm as no 1 aku. Diploma Masscomm so degree pun mesti la nak Masscomm kan. But interview kali ni dia nak tahu kita more to course mana since dalam Masscomm ada 8 majors. Journalism, Broadcasting, PR, Advertising and etc. 



Kereta aku accident so memang I have no transport weh nak pergi UiTM. Last, mintak tolong tunang aku la hantarkan. Thank you so much. Pukul 630 dia gerak dari Gombak sebab rumah dia kat Gombak and dia ambik aku kat Kajang lepastu bawak pergi UiTM Shah Alam. Then dia drop aku kat UiTM dan dia pergi kerja kat KL. Jauh perjalanan dia. Taktau nak cakap thanks macam mana but I appreciate you a lot! 

Aku sampai lewat, almost 9 macam tu, so lepas pendaftaran then ambik number giliran untuk interview. Before interview dengan panel, calon ada written test dulu. 

Soalan written test..

"Explain the role of mass media in nation development"

Seperti bias aku jawab la role mass media, to inform, to educate and to influence opinion to the audience and elaaborate my main points. Done! 250 words and 30 minutes!

Tunggu turn nak interview. 100% english. Wajib jawab in english.

*ketuk pintu and masuk duduk depan panel*

Kenalkan diri and they asked me why I choose broadcasting.

So yeah I answered them nicely. Then the horror question came out "If, we give you another option, will you be okay?"

I asked them back "sorry, may i ask you guys a question? Is that true Degree in Broadcasting will be in Melaka?"

Then they said, "in Rembau btw, why? Is affected you?"

Lalu dengan pandainya aku menjawab "No, but actually I planned to get married on September. Much better if it is in Shah Alam as easy for me"

Terkejutt laaa 2 panel interviewers tu weh bila aku cakap aku nak kahwin! Haha aku ni pun pandai jugak pergi cakap. Adoi lepastu menyesal. Takpa lah. Nak buat macam mana dah terlepas cakap dah pn kan. 

Haha. Pastu kena ceramah sikit dengan panel. Haha then aku cakap "If I wouldnt get place in broadcasting, publishing would be okay as publishing is my second choice"

Then the panel said " No. You suits in broadcasting. You should be Floor Manager" InshaAllah aminn aminnnn ya rabbb.. Thats what I want to be. FM and Producer as well. InshaAllah. I have my ambition and I know my ambition ni macam acai production buat kerja bawahan but heyy aku minat kerja belakang tabir! InshaAllah dipermudahkan. 

I hope my rezeki is in broadcasting sampai depa sendiri tak bagi aku tukar Publishing. So broadcasting lah inshaAllah. Tunggu la result keluar on 5 February nanti! Later i update hehe. 

So 2016 akan banyak plan untuk aku. Degree.. Kahwin (gatal nau nak kahwin kan) but heyyy I nak jauhkan maksiat. Jadi halal tu kan dapat pahala. Kahwin muda je gatal, amboiii. Tolong keluar dari takuk.

InshaAllah semuanya dipermudahkan. Najeeb pun sangat memahami aku. Sangat2. Dia sendiri suruh aku fokus study, as benda benda lain tu kita boleh bincangkan kemudian. Aim aku nak dapatkan Degree, for my parents. Aminn.. 

Monday, 14 December 2015

Kisah Si Rabun

0 comments
*Bila aku bukak spec*

"weh kau nampak tak ni berapa?"
*mesti nak tunjuk dua jari

mestilah aku nampak. "dua"





Alkisah semalam bawak nenek aku pergi Klinik Dr Muhaya dekat Sg Chua. nasib baik la dekat je dengan rumah kan. anytime boleh bawak nenek aku pergi situ. nenek aku dah 77 tahun and dia selalu kata mata dia kabur. sebab katarak kat mata dia tu. macam biasa aku sebagai cucu kesayangan dan bertauliah setkan appointment dengan klinik tu kata nak datang bawak nenek, so okay pukul 3 camtu kitorang datang. lepas nenek aku check check mata semua sebab harini datang untuk assessment and consultation je (payment RM200)



duk tunggu, tunggu. taraaa i jumpa la Prof Dr Muhaya. sadly nenek aku tak consult dengan Prof Dr Muhaya sebab dia pakar lasik mata. nenek aku kes katarak so deal dengan Dr Amin. Okay back to Prof Dr Muhaya, dia nak keluar and sempat lagi senyum kat patient and customer dia, subhanallah Prof so cantik and memang aku adore dia! lepastu rugi rasa tak ambik gambar dengan Prof Dr Muhaya. Allahu, inshaAllaha da rezeki kita pergi Klinik tu lagi nak buat lasik mata untuk saya pulak.

Okay nak cerita pasal nenek aku buat pembedahan katarak. Consultation RM200. Lepastu esoknya datang clinic lagi nak buat pembedahan katarak terus. Dan harga pembedahan katarak bermula dari RM4,200 untuk sebelah mata sahaja. So kalau dua mata RM8,400 *telan air liur* weh mahal. Aku nak nangis macam mana nak kumpul duit banyak gitu. Lalu nenek aku buat pembedahan katarak sebelah mata dahulu kemudian after a few weeks baru buat lagi sebelah mata.

untuk pembedahan katarak nenek aku tak temankan dia pergi klinik sebab aku kerja. takpe nanti aku tengok condition mata nenek aku macam mana lepas surgery. interview dia sikit pastu aku update.


Alkisah kat sini.... aku nak buat lasik!! power mata aku almost 600 tau. dulu masa darjah 4 baru 200 je. tapi tu masa darjah 4. sekarang dah 600. aku skrg gantung kat specs. gantung dekat lens. spec ni adalah nyawa aku. bangun tidur meraba cari spec! selalu spec jatuh dari katil. aku raba raba bawah katil tak jumpa.

"ADIKKK!! tolong carikan spec akak!"

gigih la adik aku cari spec aku bawah katil sambil dia membebel bebel.

kalau nak buat lasik, RM7000. lepastu ada plan credit card tu. boleh bayar secara ansuran so aku ingat macam hmmm boleh gak ni bayar sikit sikit untuk buat lasik.


tak rugi pun sebenarnya nak buat lasik ni. RM7000 untuk seumur hidup. tak payah beli lens tak payah beli spec.  kalau kau beli spec pun, setahun sekali kena tukar spec due to increasing power kan. spec untuk rabun teruk macam aku ni aku kena spend RM600 untuk dapatkan lens nipis, UV protection, silau dan sebagainya. so bayangkan mak aku spend untuk aku untuk spec aku selama aku pakai spec dari darjah 4. dah banyak weh, tu belum contact lens yang aku beli lagi setiap bulan. haha tak suka spec! tp malam aku pakai spec.

power mata ni makin tahun makin naik. so better buat lasik kan? seumur hidup kau takyah pakai spec dah. dan rawatan dia tak makan masa pun. okay start now aku nak beli tabung nenas nak tabung duit untuk buat pembedahan lasiik! inshaAllah ada rezeki nanti kita buat. hehe.

Wednesday, 9 December 2015

Panggilan Temuduga

0 comments
"Keputusan panggilan temuduga program Sarjana Muda Sesi 2 2015/2016 (kemasukan Mac 2016) boleh disemak mulai 10 Disember 2015 (Khamis) jam 3.00 petang"

Dup dap dup dap. Sebab aku letak harapan yang sangat tinggi. Semoga dipermudahkan segalanya. Aminn~~

Monday, 7 December 2015

Life

0 comments
Short words could express few meanings. Well life could be easy could be anything depends on how you manage. You own it you have it but if you couldnt manage it well, then you cant expect the outcome would be good and positive.

Somehow i tell myself, what i want in my life. Since 2015 already met their ends, i learnt a lot, oh ups and downs, exs and ohs. Haha. Love, life, family, money, study. I can conclude that everythings went well Alhamdulillah and all the side ways i made it as iktibar and pengajaran. Finished my diploma, engaged to the one i loved, work, passion.. Alhamdulillah...

A few days left to turn 2016, Happpy new year in advance!

List-to-do in year 2016.

  1. Further Degree
  2. To be a better muslimah, slow-slow
  3. Kembangkan lagi empayar HAHA
  4. Last... kahwin :p
So, what is your impian 2016?