"weh kau nampak tak ni berapa?"*mesti nak tunjuk dua jari
mestilah aku nampak. "dua"
Alkisah semalam bawak nenek aku pergi Klinik Dr Muhaya dekat Sg Chua. nasib baik la dekat je dengan rumah kan. anytime boleh bawak nenek aku pergi situ. nenek aku dah 77 tahun and dia selalu kata mata dia kabur. sebab katarak kat mata dia tu. macam biasa aku sebagai cucu kesayangan dan bertauliah setkan appointment dengan klinik tu kata nak datang bawak nenek, so okay pukul 3 camtu kitorang datang. lepas nenek aku check check mata semua sebab harini datang untuk assessment and consultation je (payment RM200)
duk tunggu, tunggu. taraaa i jumpa la Prof Dr Muhaya. sadly nenek aku tak consult dengan Prof Dr Muhaya sebab dia pakar lasik mata. nenek aku kes katarak so deal dengan Dr Amin. Okay back to Prof Dr Muhaya, dia nak keluar and sempat lagi senyum kat patient and customer dia, subhanallah Prof so cantik and memang aku adore dia! lepastu rugi rasa tak ambik gambar dengan Prof Dr Muhaya. Allahu, inshaAllaha da rezeki kita pergi Klinik tu lagi nak buat lasik mata untuk saya pulak.
Okay nak cerita pasal nenek aku buat pembedahan katarak. Consultation RM200. Lepastu esoknya datang clinic lagi nak buat pembedahan katarak terus. Dan harga pembedahan katarak bermula dari RM4,200 untuk sebelah mata sahaja. So kalau dua mata RM8,400 *telan air liur* weh mahal. Aku nak nangis macam mana nak kumpul duit banyak gitu. Lalu nenek aku buat pembedahan katarak sebelah mata dahulu kemudian after a few weeks baru buat lagi sebelah mata.
untuk pembedahan katarak nenek aku tak temankan dia pergi klinik sebab aku kerja. takpe nanti aku tengok condition mata nenek aku macam mana lepas surgery. interview dia sikit pastu aku update.
Alkisah kat sini.... aku nak buat lasik!! power mata aku almost 600 tau. dulu masa darjah 4 baru 200 je. tapi tu masa darjah 4. sekarang dah 600. aku skrg gantung kat specs. gantung dekat lens. spec ni adalah nyawa aku. bangun tidur meraba cari spec! selalu spec jatuh dari katil. aku raba raba bawah katil tak jumpa.
"ADIKKK!! tolong carikan spec akak!"
gigih la adik aku cari spec aku bawah katil sambil dia membebel bebel.
kalau nak buat lasik, RM7000. lepastu ada plan credit card tu. boleh bayar secara ansuran so aku ingat macam hmmm boleh gak ni bayar sikit sikit untuk buat lasik.
tak rugi pun sebenarnya nak buat lasik ni. RM7000 untuk seumur hidup. tak payah beli lens tak payah beli spec. kalau kau beli spec pun, setahun sekali kena tukar spec due to increasing power kan. spec untuk rabun teruk macam aku ni aku kena spend RM600 untuk dapatkan lens nipis, UV protection, silau dan sebagainya. so bayangkan mak aku spend untuk aku untuk spec aku selama aku pakai spec dari darjah 4. dah banyak weh, tu belum contact lens yang aku beli lagi setiap bulan. haha tak suka spec! tp malam aku pakai spec.
power mata ni makin tahun makin naik. so better buat lasik kan? seumur hidup kau takyah pakai spec dah. dan rawatan dia tak makan masa pun. okay start now aku nak beli tabung nenas nak tabung duit untuk buat pembedahan lasiik! inshaAllah ada rezeki nanti kita buat. hehe.
0 comments:
Post a Comment