Pages

Thursday, 31 March 2016

Ke Langkawi lah kita

0 comments
Cuti mid term break next week dan moh la kita ke Langkawi bersama teman teman! Tazzabarrrrrr

Sunday, 27 March 2016

Nak nikah kat mana ni

0 comments
lalu aku buntu


nak nikah kat mana
tarikh dah ada


sebok nak nikah tapi kursus tak pergi lagi

LOL

Friday, 25 March 2016

0 comments

Designed by myself and buat sesimple yang boleh sebab tak pro bab design so buat ape yang tahu je.
And i hope it helps!

countdown

0 comments
Kali ni post pasal kekasih la. Hehe topic macam geli je kan but yeah nvm saje la nak share sikit. Well, tunang aku 5 tahun tua daripada aku, dia 28 dan aku 23. Memang cara pemikiran dia matang dan dia banyak ajar aku, sedarkan aku. so alhamdulillah aku dapat kenal dengan dia. banyak kurang, serious aku banyak kurang, dia topup. kasi cukup haha so aku dengan dulu macam ada la perbezaan sikit kan. siapa yang rapat tu maybe sedar la kot aku macam dah okay sikit tak macam dulu haha taktau la dulu macam mana kan. biasala jiwa muda remaja dulu mesti rebel.

okay basically dia tak pernah kongkong aku dan aku pun tak pernah kongkong dia. dia nak keluar dengan kawan perempuan dia, aku keluar dengan kawan lelaki aku. dia okay. aku okay. we trust each other la. and sepanjang bekenalan dia tak pernah check phone aku dan aku jarang check phone dia. kalau aku pegang phone dia sama ada nak selfie atau tolong balaskan message kawan kawan dia. other than that takde la aku nak selongkar phone dia ada apa semua. aku percayakan dia. since weve been together about 800++ days tak pernah la gaduh pasal perempuan lain, macam takde motif je nak gaduh pasal perempuan lain haha. macam budak budak. selalu gaduh pasal perangai aku mengada macam taik ayam ni je tu yang dia stress lagi lagi seminggu sebelum period hm bertabah je la hati dia tengok aku meroyan macam orang gila. sekejap je la then okay balik dah.

dalam relationship ni kena ada trust and hormat aku rasa. dulu aku suka layan dia macam teruk gila kot, skrg cakap dengan dia pun kena soft soft kalau tak nanti kena tegur. haha he is very firm. if he said no, then no la. kalau pujuk sikit, maybe boleh la kot nego kan tapi dia akan psycho aku balik supaya benda tu jadi no. cara dia cakap very firm and mmg power sampai aku hm okay macamtu. okay la kan, kalau aku melawan ke apa ke kang sampai kahwin, berdosa woooo.

lepastu apa lagi eh... hmm cara aku cakap dengan dia and dengan kawan aku. dengan kawan aku berborak mmg gila la wehh, lahnat apa semua haiwan keluar dari mulut, kawan pun macam lehnat perangai kan. haha dengan dia? sorry brooooo. lu cannot aaa cakap cam kawan. well, aku rasa aku ada dua personaliti. haha bila dengan kawan aku lupa diri sekejap. nasib la pergi konsert haritu najeeb tak ikut, aku ras aku berjoget macam aku lupa aku ada alas atas kepala aku. haha. dah kawan pun bejoget macam kat club, takkan gua nak tengok je. hahaha okay takpe kasi can la kan sebelum bergear Puan ni. nanti.... non hado. nak balik lewat tgh malam pun entah lepas entah tidak. skrg boleh la parents aku tak marah pun jenis nak balik lambat tp diorang tahu la aku kemana semua. selalu dengan kawan kawan rapat la, lepak ke borak ke konsert ke makan ke tengok wayang macamtu je laa. takde la nak buat benda bukan bukan

kau nak buat apa kau buat, asalkan solat kau tak tinggal. dulu aku jenis solat boleh kira dengan jari la dalam setahun tu kan. sekarang kita nak improve kan diri kita. sebab aku tanya najee "b you kalau missed solat you rasa bersalah tak?" and he said "ye la" lepastu aku sentap. deep weh aku tinggal solat tanpa rasa bersalah. kau raseee??? so skrg ni aku nak pupukkan benda tu, solat weh. aku pulak jenis hu ha hua punya orang kan. so skrg ni hu ha hu ha ye gak, solat kalau boleh kena cukup kan. improve. aku berubah dari 0 dulu bukan macam teruus berubah macamtu. aku pelan pelan. kayuh pelahan lahan. mula mula pakai tudung baju ketat (skrg pun) haha tp skrg dah kurang, pastu nampak dada (skrg ada sikit) sikit sikit la berubah en sampai skrg kalau aku pakai tudung tak tutup dada, aku rasa macam malu. so aku labuhkan sikit tudung. longgarkan sikit baju, kadang kadang ade jugak telepas pakai ketat lagi lagi seluar hahaha takpelah kita perlahan lahan la berubah ye dak. berubah pemakaian, hati pun kena la berubah sekali ye dak. sebab aku taknak la di cop "pakai tudung tapi hati hitam" taknak la doh macamtu kan.. selalu la ber positif inshaallah tenang la hati tu. kalau kau duk fikir negative je tentang orang, memang negative je la. hati tu yang penting. kalau bertutup semua tapi masih lagi bercakap buruk tentang orang lain, tak manis kan? tetapkan hati, ikhlas kan hati. inshaAllah... nak cakap lebih lebih pun tak boleh sebab aku pun tak perfect. lol but dalam usaha memperbaiki diri. istiqamah

Degree life is so hectic

0 comments
Hai! Baru ada masa nak update blog sebab saya dah masuk alam degree and it was very very hectic for the past 3 weeks. baru minggu ke tiga dah penat ya rabbbb. assignment dah betimbun and shooting, event semua. haihh. omg 10 subject sem ni 28 credit hours memang hujung sem aku tinggal tulang je nanti. skrg pun berat badan dah drop down. masa diploma bahagia sentiasa berat 53kg and now..... 46 kg weh sampai mak aku tegur macam mana ni nanti nak pakai baju kahwin kurus kering macam ni je. hmm tak apalah nanti gain weight balik.


macam mana tak kurus, bangun pagi pukul 630 terus mandi solat bersiap nak pergi class sebab class pukul 8 pagi ataupun pukul 11 pagi dan habis class 8 malam takpun 9 malam. paling awal class habis pukul 6 petang. hm sedih. tak apalah pengorbanan seorang student untuk mendapatkan segulung ijazah ye dak..

class isnin sampai khamis dan padat. lepaastu jumaat sabtu ahad aku buat part time surprise delivery untuk cari duit poket belanja aku dekat kampus. start drpd raw until end, aku deco and delivery kan sendiri kadang dibantu oleh adik ataupun najeeb yang tolong. pelan pelan kayuh alhamdulillah ada la duit poket sikit walaupun untung aku sbny tak banyak mana pun, and pernah rugi dan juga untung RM5. syukur walaupun tak banyak, RM5 dapat sebungkus nasi kat kafe fakulti. dengan lauk ayam. alhamdulillah. tak banyak takpe, asal cukup. kalau banyak sangat nnt boros. 

aku tak ambik apa apa loan degree ni sebab pening la kepala nak bayar hutang. so segala expenses apa semua atas diri sendiri. memang daripada diploma duit belanja aku daripada aku sendiri, parents aku bukan orang senang, dia nak tanggung adik adik aku yang still sekolah lagi, so aku mampu cari duit dan mampu untuk bahagikan masa belajar and kerja, boleh la ringan kan beban parents. 

sekarang ni lagi getir dengan duit nak kahwin lagi, family aku bukan jenis berduit sangat pun nak sponsor kahwin aku, so majlis nnt memang buat simple se simple yang boleh. zaman sekarang memang mahal, aku kena cari duit sendiri untuk duit kahwin nanti. harap dipermudahkan segalanya aminnnn~~

nasib baik yuran UiTM tak mahal sangat boleh la bayar sendiri kan.

okay disamping buat surprise delivery, aku melangkah lagi satu tapak untuk buat surprise deco for any event. picnic ke ape ke i can do it. so price of package mmg ikut budget customer la. kita provide kan barang and customer je bawak badan je untuk celebrate birthday kawan diorang, tunang ke nak buat pre wed ke post wed ke semua boleh. inshaAllah.. saya takde la kreatif mana but we try to serve the best for customer. alhamdulillah customer bg positive feedback masa buat surprise delivery. syukurr sangat