Hai! Baru ada masa nak update blog sebab saya dah masuk alam degree and it was very very hectic for the past 3 weeks. baru minggu ke tiga dah penat ya rabbbb. assignment dah betimbun and shooting, event semua. haihh. omg 10 subject sem ni 28 credit hours memang hujung sem aku tinggal tulang je nanti. skrg pun berat badan dah drop down. masa diploma bahagia sentiasa berat 53kg and now..... 46 kg weh sampai mak aku tegur macam mana ni nanti nak pakai baju kahwin kurus kering macam ni je. hmm tak apalah nanti gain weight balik.
macam mana tak kurus, bangun pagi pukul 630 terus mandi solat bersiap nak pergi class sebab class pukul 8 pagi ataupun pukul 11 pagi dan habis class 8 malam takpun 9 malam. paling awal class habis pukul 6 petang. hm sedih. tak apalah pengorbanan seorang student untuk mendapatkan segulung ijazah ye dak..
class isnin sampai khamis dan padat. lepaastu jumaat sabtu ahad aku buat part time surprise delivery untuk cari duit poket belanja aku dekat kampus. start drpd raw until end, aku deco and delivery kan sendiri kadang dibantu oleh adik ataupun najeeb yang tolong. pelan pelan kayuh alhamdulillah ada la duit poket sikit walaupun untung aku sbny tak banyak mana pun, and pernah rugi dan juga untung RM5. syukur walaupun tak banyak, RM5 dapat sebungkus nasi kat kafe fakulti. dengan lauk ayam. alhamdulillah. tak banyak takpe, asal cukup. kalau banyak sangat nnt boros.
aku tak ambik apa apa loan degree ni sebab pening la kepala nak bayar hutang. so segala expenses apa semua atas diri sendiri. memang daripada diploma duit belanja aku daripada aku sendiri, parents aku bukan orang senang, dia nak tanggung adik adik aku yang still sekolah lagi, so aku mampu cari duit dan mampu untuk bahagikan masa belajar and kerja, boleh la ringan kan beban parents.
sekarang ni lagi getir dengan duit nak kahwin lagi, family aku bukan jenis berduit sangat pun nak sponsor kahwin aku, so majlis nnt memang buat simple se simple yang boleh. zaman sekarang memang mahal, aku kena cari duit sendiri untuk duit kahwin nanti. harap dipermudahkan segalanya aminnnn~~
nasib baik yuran UiTM tak mahal sangat boleh la bayar sendiri kan.
okay disamping buat surprise delivery, aku melangkah lagi satu tapak untuk buat surprise deco for any event. picnic ke ape ke i can do it. so price of package mmg ikut budget customer la. kita provide kan barang and customer je bawak badan je untuk celebrate birthday kawan diorang, tunang ke nak buat pre wed ke post wed ke semua boleh. inshaAllah.. saya takde la kreatif mana but we try to serve the best for customer. alhamdulillah customer bg positive feedback masa buat surprise delivery. syukurr sangat
0 comments:
Post a Comment