Pages

Monday, 14 December 2015

Kisah Si Rabun

0 comments
*Bila aku bukak spec*

"weh kau nampak tak ni berapa?"
*mesti nak tunjuk dua jari

mestilah aku nampak. "dua"





Alkisah semalam bawak nenek aku pergi Klinik Dr Muhaya dekat Sg Chua. nasib baik la dekat je dengan rumah kan. anytime boleh bawak nenek aku pergi situ. nenek aku dah 77 tahun and dia selalu kata mata dia kabur. sebab katarak kat mata dia tu. macam biasa aku sebagai cucu kesayangan dan bertauliah setkan appointment dengan klinik tu kata nak datang bawak nenek, so okay pukul 3 camtu kitorang datang. lepas nenek aku check check mata semua sebab harini datang untuk assessment and consultation je (payment RM200)



duk tunggu, tunggu. taraaa i jumpa la Prof Dr Muhaya. sadly nenek aku tak consult dengan Prof Dr Muhaya sebab dia pakar lasik mata. nenek aku kes katarak so deal dengan Dr Amin. Okay back to Prof Dr Muhaya, dia nak keluar and sempat lagi senyum kat patient and customer dia, subhanallah Prof so cantik and memang aku adore dia! lepastu rugi rasa tak ambik gambar dengan Prof Dr Muhaya. Allahu, inshaAllaha da rezeki kita pergi Klinik tu lagi nak buat lasik mata untuk saya pulak.

Okay nak cerita pasal nenek aku buat pembedahan katarak. Consultation RM200. Lepastu esoknya datang clinic lagi nak buat pembedahan katarak terus. Dan harga pembedahan katarak bermula dari RM4,200 untuk sebelah mata sahaja. So kalau dua mata RM8,400 *telan air liur* weh mahal. Aku nak nangis macam mana nak kumpul duit banyak gitu. Lalu nenek aku buat pembedahan katarak sebelah mata dahulu kemudian after a few weeks baru buat lagi sebelah mata.

untuk pembedahan katarak nenek aku tak temankan dia pergi klinik sebab aku kerja. takpe nanti aku tengok condition mata nenek aku macam mana lepas surgery. interview dia sikit pastu aku update.


Alkisah kat sini.... aku nak buat lasik!! power mata aku almost 600 tau. dulu masa darjah 4 baru 200 je. tapi tu masa darjah 4. sekarang dah 600. aku skrg gantung kat specs. gantung dekat lens. spec ni adalah nyawa aku. bangun tidur meraba cari spec! selalu spec jatuh dari katil. aku raba raba bawah katil tak jumpa.

"ADIKKK!! tolong carikan spec akak!"

gigih la adik aku cari spec aku bawah katil sambil dia membebel bebel.

kalau nak buat lasik, RM7000. lepastu ada plan credit card tu. boleh bayar secara ansuran so aku ingat macam hmmm boleh gak ni bayar sikit sikit untuk buat lasik.


tak rugi pun sebenarnya nak buat lasik ni. RM7000 untuk seumur hidup. tak payah beli lens tak payah beli spec.  kalau kau beli spec pun, setahun sekali kena tukar spec due to increasing power kan. spec untuk rabun teruk macam aku ni aku kena spend RM600 untuk dapatkan lens nipis, UV protection, silau dan sebagainya. so bayangkan mak aku spend untuk aku untuk spec aku selama aku pakai spec dari darjah 4. dah banyak weh, tu belum contact lens yang aku beli lagi setiap bulan. haha tak suka spec! tp malam aku pakai spec.

power mata ni makin tahun makin naik. so better buat lasik kan? seumur hidup kau takyah pakai spec dah. dan rawatan dia tak makan masa pun. okay start now aku nak beli tabung nenas nak tabung duit untuk buat pembedahan lasiik! inshaAllah ada rezeki nanti kita buat. hehe.

Wednesday, 9 December 2015

Panggilan Temuduga

0 comments
"Keputusan panggilan temuduga program Sarjana Muda Sesi 2 2015/2016 (kemasukan Mac 2016) boleh disemak mulai 10 Disember 2015 (Khamis) jam 3.00 petang"

Dup dap dup dap. Sebab aku letak harapan yang sangat tinggi. Semoga dipermudahkan segalanya. Aminn~~

Monday, 7 December 2015

Life

0 comments
Short words could express few meanings. Well life could be easy could be anything depends on how you manage. You own it you have it but if you couldnt manage it well, then you cant expect the outcome would be good and positive.

Somehow i tell myself, what i want in my life. Since 2015 already met their ends, i learnt a lot, oh ups and downs, exs and ohs. Haha. Love, life, family, money, study. I can conclude that everythings went well Alhamdulillah and all the side ways i made it as iktibar and pengajaran. Finished my diploma, engaged to the one i loved, work, passion.. Alhamdulillah...

A few days left to turn 2016, Happpy new year in advance!

List-to-do in year 2016.

  1. Further Degree
  2. To be a better muslimah, slow-slow
  3. Kembangkan lagi empayar HAHA
  4. Last... kahwin :p
So, what is your impian 2016?

Wednesday, 18 November 2015

Jeng jeng jeng

0 comments
Nak cerita pasal skincare yang aku guna sekarang. So far aku dah pakai sebulan dah The Body Shop punya skincare yang tea tree tu. Sebenarnya best je muka bila pakai facial wash dia and harga pun berbaloi. Untuk 250ml RM55 and kau boleh guna berbulan bulan. Tak rugi pun. And bila cuci muka tu rasa mint je muka sejuk sejuk gitu. 

Aku rasa kulit aku degil kot tu yang macam kat bahagian dahi dia macam lambat sikit. Lepastu hormon. Sebab period aku tak teratur, kejap lambat datang. Memang selalu delay delay la. And thats why darah kotor naik ke muka ke dahi especially and jadi la jerawat yeuck.. Okay aku rasa nanti bila dah kahwin okay la kot muka en. So tunggu la nanti.. 

Facial like every 2 weeks kot aku buat. Hmm macam takde perubahan je buat facial ni. :( ke sebab baru lagi? Aku rasa aku ni macam obses kat muka sendiri. Keinginan nak flawless tu menjadi jadi. Aku tak kisah muka kau gelap tapi nak clearrrrr, taknak la ada scars ape semua. Sedih tau.

Lepastu ada yang cadangkan aku guna Dermedex la. Kadang aku rasa macam geram dan sampai tahap aku nak ambik pill Roaccutane tu je tau. Pil tu sebenarnya pil paling elok untuk kulit jerawat sebab dia akan keluarkan semua jerawat kau and after that nanti muka kau akan clear la after 6-8 months. Take time gak la nak buat semua tu. Lepastu pil dia dah la mahal dalam RM7 sebiji dan pil ni ada SIDE EFFECT. Kalau you guys nak tahu and nak consume pill ni kena buat research dulu sebab bukan sebarangan doktor boleh bagi pill ni. Kalau plan nak mengandung, jangan ambik pill ni. Bahaya. Lepastu bibir kau akan keringg muka pucat masa awal awal ambik pil ni. Dosage dia sangat tinggi la aku rasa.

Haihh perempuan,.... perempuan memang macamni la kan agaknya. Hahaha

Tuesday, 17 November 2015

Bila nak kahwin?

0 comments
Entah laa. Mungkin tahun depan la ye kahwin. Sekarang ni kita lek lek je dulu sebab baru lepas tunang. Baru seminggu tunang. Gambar tunang pun belum dapat lagi. Hehe nak upload tapi kejap lagi la tunggu bila dah dapat gambar. Ada gambar pun kat phone je.

La ni aku nak update.. Aku post gambar tunang aku kat insta. Ade satu je kot haha tu pun tak reveal kan siapa tunang aku. Siapa kenal tu kenal la. Okay mostly comment cakap tahniah semua. Aku sangat hargai dan Alhamdulillah. Pastu ada gak comment cakap "jangan lupa jemput kahwin ye" Aku stuck alamak nak jawab ape ni. Aku nak balas InshaAllah takut nanti diorang cakap ade risiko tak dijemput ni. Lalu aku ambik langkah selamat "Tunggu je kad nanti yee" hehe sebab ni baru tunang kan. Macam macam boleh jadi. Aku taktahu ape akan jadi nanti kan, so tunggu je la kad nanti ye. Hehe inshaAllah dijemput. Aku takleh cakap Konfem ke Sure ke apa ke ape aku boleh jawab  dalam hati InshaAllah...

Baju nikah baju sanding aku dah beli. Kitorang tak sewa. Well aku suka sangat dengan both kain rasa tak sabar nak pakai. Konfem bila pakai nanti meletop letop hahaha gituuu kekdahnya. Nanti la update. Nak update sejarah macam mana aku kenal dia pun tak buat lagi haha. Busy nawww


Ni member rapat aku masa kat Convent dulu.


Ecah memang jemah 


Aliff kawan baik aku masa kat kolej dulu :D

Ni gang masa diploma kecuali Achoy tu sebenarnya BF Juni

Taraa cincin tunang

Taraa encik tunang pulak hehe

Cincin belah rotan and cincin tunang ada berlian

Ni membe tunang aku


Make up aku make up sendiri ye


Tuesday, 10 November 2015

Majlis Pertunangan Dhanie Zainal

0 comments
Alhamdulillah semalam 10 November 2015 dah rasmi tunang gitu. So now aku nak update on budget ke atau gambar? Or both? Gambar dekat photographer but i will upload yang dari my phone je dulu. Since baru semalam tunang so gambar belum dapat dari photographer lagi.

Okay now we bentangkan budget la.


1. Makan Kenduri

This part mak aku yang uruskan so prap prap prap dalam 100 orang makan dan beberapa jenis lauk dan pujian yang mak aku dapat dari tetamu yang amat bombastik mak aku habikan dalam RM800-RM900 jugak la kot

2. Pelamin

This on i yang book so aku dapat cari kat instagram Qisyaandcandycorner rasanya dia punya insta so harga meletop and pelamin cantik gilaaa RM180 dengan siap pasang semua. MURAH GILA AND PUAS HATI. Tak ke kau suka tu bile tengok bunga bunga tu wehh. Tolong lah sukaaaaa! Aku pun suka okayyy haha



3. Baju tunang

Baju? Kain dah lama beli kat Bandung dulu dengan harga murah dan aku tempah kat tailor butik pengantin Aylis Collection  aku memang tempah baju raya baju konvo dekat dia so mmg puas hati la dia jahit. Upah tempah baju RM150 je. 

4. Door Gift

Mak aku kata spend RM100 je untuk goodies sebab isi pun jajan gitu je. Okayyy. 

5. Hantaran

Yang ni paling penting and ikut adat kan. Lalu dulang 3 balas 5. Sikit je. Okay la kan daripada tak ada. Okay aku hantar dekat lelaki coklat ferro rocher, buah buahan, kek (kawan aku sponsor kek RV dari Coffe Bean. Alhamdulillah thank you yekegurlz) then sirih junjung dan pudding. Cukup 5. Gubahan hantaran makcik aku sponsorrrr. Alhamdulillah sekali lagi. 

6. Make up

okay make up sendiri okayyyyy hahaha aku tonyoh je la make up ni kat muka aku. Huhu. Tengok and belajar dari youtube jer. Tapii tang kening aku cacat la hitam benauuuu hahahaha

7. Cincin tunang

Ni la paling wajib kan? Haha okay cincin aku dapat dua. Satu cincin merisik belah rotan dan satu lagi cincin tunang cincin berlian hihi ada berlian best ni. :p Cincin masa tu beli dua minggu awal beli dengan mak encik tunang (dah encik tunang dah skrg) haha dan encik tunang (masa tu bf) and adik dia. 

8. Photographer

Yes photographer aku adalah bestfriend aku jugak. Dia videographer and kawan dia photographer. Alhamdulillah dia buat secara free tapi aku bagi token jugak la sebab khidmat dia. Dia mmg photgrapher untuk orang kahwin and bukan calang calang orang. You guys if nak cari photographer boleh contact aku terus okay!

Habis tunang..... penat. Tidur haha

Lagi ape? 
So far aku tak spend banyak sangat on tunang aku sebab macam aku takde bajet banyak sangat dan aku buat family family and kawan aku yang paling rapat je. So alhamdulillah.  So far tak sampai 2k pun aku spend untuk tunang. Dont spend much sebab kau kena simpan duit jugak nanti untuk wedding dimana memerlukan duit yang banyak, Huhu.

Lalu,

"Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan" - hadis Riwayat Bukhari.

Haha dh ko kenapa dhani. Tapi betul la kan? Haram en meminang wanita tunangan orang haha orang kata kan darah manis gitu. 
Lepasni entry nak cerita la macam mana aku boleh kenal dengan tunang aku tu.

Friday, 6 November 2015

Takut

0 comments
Takut. Aku takut. Ketentuan segalanya ada.

Tapi itu kata aku.

Dunia ada banyak pancaroba. Diri orang yang menilai.

Namun aku redha.

Kalau diri ini ditolak.

Mungkin ada yang terbaik.

Allahualam.