Pages

Wednesday, 28 October 2015

Saya jual perfume

0 comments
Hai..

Semua orang nak berniaga ko paham paham je la ekonomi sekarang macam mana. Kalau nak diikutkan kita makan gaji ni memang aku rasa tak cukup kot. Lalu aku jadi agent jual perfume. Perfume original la of course sebab aku sendiri pun kurang gemar memakai barang yang tak ori. Kalau aku tak mampu nak beli perfume Versace atau DKNY atau apa apa perfume pun, aku akan cari perfume yang lagi murah tapi original dan selalunya aku pakai The Body Shop punya perfume. Tu pun aku akan beli time sale lah. Of course. Nak murah kannn.... Haha

Berbalik cerita aku tadi aku jual perfume original dekat instagram dan korang boleh tengok tengok dekat instagram aku Stila.co. Tak beli pun tak apa. Tengok tengok je aku tak marah pun, dan selain tu jugak aku ada jual jubah yang nursing friendly, baju and tudung. Korang rajin rajin la usha ek.

Nak cari duit lebih nak buat kahwin ni. Hehe.

Friday, 23 October 2015

Bertukar-tukar pencuci muka

0 comments
Assalamualaikum kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang..
Rasa macam jemah pulak nak cerita pasal produk muka. Muka aku taktau la jenis ape. Berminyak pun ye, sensitif pun ye. Dah macam macam produk aku try. Dari yang mahal sampai ke murah sampai ke mahal tapi macam takde kesan pun. Lepastu peel aku ni beli satu jenis product lepas habis product tu... aku nampak tak berkesan lepastu aku buang. Tukar yang lain pada bulan seterusnya.

Muka aku kat bahagian dahi banyak jerawat yang biji biji tu weh siyesly aku sendiri macam yekk bila tengok depan cermin lepastu kalau nak keluar rumah tepek banyak banyak foundation and concealer. 

Lepastu PIGMENTATION. Pigmentation ni terjadi bila lepas aku pakai product Collagen Plus Vit E tu. Kesan dia memang aumm cepat putih bagai sutera kulit aku. Lepastu once aku stop hah naik balik jerawat and kulit kusam pastu naik la segala pigmentation ni. Malu la akak dik baru 22 tahun dah ada pigmentation macam orang yang dah umur 40 tahun. 
Ni time zaman gemilang dengan Collagen Plus Vit E dengan harga murah sebegitu RM20 (satu set dapaat night cream day cream and sabun pencuci) 
SEMINGGU MUKA AKU PUTIH DAH WEH!

Lepastu aku stop kulit aku dah macam entah apa apa lepastu aku try macam macam product nak kasi heal and rid off all the acnes and pimples. But usaha aku membeli tak mendatangkan kejayaan.

Pastu kulit aku kusam cam entah apa apa. Lepastu jerawat biji biji kat atas dahi tuu. Sedih lah gini.

Macam macam product aku try seperti Bio Essence, Garnier, St Ives, Oxy pastu tak berkesan.


Kulit aku sebelum pakai Dnars. Ni la kulit muka aku masa nak raya. Very very scaryy :(

Lepastu aku pakai la D'nars skin care, aku rasa perubahan. Dekat kawasan dahi aku dah macam clear dah jerawat ape ape biji biji tu tapi bekas jerawat tak pudar lagiiii.

After pakai D'nars. And taraaaa. macam dah clean sikit tang dahi tu takde biji biji..

Aku stop D'nars sebab aku rasa product dia ada mercury la walaupun sedikit..

SEKARANG.. Nak cerita sekarang ni..biasa la manusia tak pernah puas dengan ape yang dia ada. Lalu aku consume vitamin C dari  21st Century
Baru je ambik food supplement ni. So far aku rasa kulit aku macam okay laa biasa je. Kalau ada jerawat, lepas dia meletus, kulit aku macam senang nak heal and recover.

Tak puas hati lagikkk. Aku beli product dari The Body Shop but this one baru beli yang starter kit punya. Sebab tenegok review orang kata yang Tea Tree punya dari The Body Shop elok. So aku pejam mata and hulur duit. Kira macam saving jugak la sebab aku membajetkan duit aku untuk beli produk Clinique. The Body Shop murah sikit dari Clinique. Bukan sikit tapi banyak. Awalnya aku nak beli Tea Tree Oil yang berharga RM39.00 itu sahaja tapi lepas aku fikir yang aku punya pencuci muka pun dah habis, beli jelah yang starter pack ni. Ada jugak Tea Tree Oil dalam dia. So aku membeli lah product ini...
Starter pack ni RM83.70 je. Kita try yang ni dulu lepastu bila okay dengan kulit baru la kita beli hok besar punya.


SA tu duk suggest aku yang ni sebab dia kata lepas pakai tea tree oil, pakai yang ni pulak so baru la bekas jerawat tu hilang. Okay la saya ambik je lahh tapi nasib baik tak mahal sangat RM39.00 tapi kecikkkk la bende alah ni. Hmm. Harap berkesan lah yek.

FINALLY.... Aku cuba dulu product product deme ni so kalau berkesan and bekas jerawat segala hilang.. aku post pulak selfie aku tanpa filter ek. Tunggu jelah. Gigih tau aku pergi spa pergi beli segala product ape semua ni sebab taknak muka bercela. Huwaaa dah la tarikh pertunangan nak dekat dah. Cuak seyh aku kalau muka cam ada cela ni. 




Tuesday, 20 October 2015

Journey of BRACES

1 comments
I bet you guys before nak pakai braces nak buat review dulu dekat google baca blog untuk daapatkan harga murah, nak tanya sakit ke tak. Kan? Okay so sekarang aku nak cerita lah perjalanan kisah hidup aku dengan braces ataupun lebih dikenali sebagai pendakap gigi. 

Aku start pakai braces masa umur aku 19 tahun iaitu pada tahun 2013 bulan Oktober. Masa tu aku pun suka baca blog ke sana ke sini nak tengok sakit ke tak berapa harga dia. So lastly aku jumpa Klinik Gigi Dr Aina dekat Prima Saujana, Kajang yang menawarkan harga terbaik dan murah. Adik aku pun pakai braces jugak dan dia pakai dah 5 tahun kot termasuk tahun ni. Dia buat dekat Klinik Gigi Suria kat Kajang and masa dia buat kira murah tapi time aku nak buat dah mahal. Which is RM4,500. Aku? RM3,800 aku buat dekat Klinik Gigi Dr Aina. Doktor best baik lembut je. And yang paling best tak payah nak tunggu lama lama. Aku buat appointment awal awal and bila datang klinik terus jumpa doktor. Senang and efisen kan? Yes. Betul aku tak suka membazir masa. :p

Okay so nak tunjuk la keseraman gigi aku dulu macam mana and sekarang macam mana.

OKTOBER 2013 (SEBELUM)
Teruk kan? Sampai aku rasa malu and kalau nak senyum ambik gambar mesti aku tutup mulut beb. Kau cuba bayangkan betapa buruk nya gigi aku dulu!


See mesti nak tutup mulut and bibir pun dah senget sebab kedudukan gigi aku yang sangat tak teratur.

Jadi aku decide untuk pergi jumpa Doktor Aina and consult dengan dia macam mana aku boleh betulkan gigi aku. Jawapan dia tak lain tak bukan; BRACES.

Downpayment aku bayar masa tu RM1,000 kot sebab time tu je aku ada cash HAHA okay sedih. Lepastu keadaan gigi aku yang berlapis-lapis memerlukan skill doktor untuk CABUT EMPAT BATANG GIGI. Yes EMPAT. Tak sakit pun siyesly aku boleh cakap memang tak sakit berbanding dengan pakai braces masa mula-mula memang SAKIT weh. Siyesly I tell you boleh bawak gaduh weh.

So basically Doktor pakaikan aku braces dulu sebab dia nak bagi aku biasakan. Jap tunjuk gambar lagi. 


Macam buruk je HAHA yes. JANGAN GELAK

Lepastu seminggu lepas pakai aku kena cabut dua batang gigi dahulu dan tak sakit,
Kemudia next month datang lagi cabut lagi dua batang. Tak sakit. Sekian.

Bila dah lama lama pakai braces aku rasa macam malas nak pergi dentist dan pernah sampai 7 bulan aku tak pergi. Cukup 9 bulan dah boleh bersalin dah. Haha.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Dan sekarang genap aku pakai braces 3 tahun. BELUM BUKAK LAGI. Sekarang aku dah rajin pergi dentist dan aku rasa sampai buntu taktau nak warna apa lalu berkata dengan pembantu doktor "akak pilih la warna apa yang sesuai dengan muka saya. Asalkan cantik sebab saya nak cantik" 

Bab sakit aku boleh cakap masa pakai braces seminggu sakit. Lepastu kalau doktor tukarkan dawai gigi kau. SAKIT lagi beb. Sebab dawai dia makin menebal. APAKAH?

Lepastu makin lama gigi aku makin okay dan sekarang aku tengah tunggu masa nak bukak. Tak sabar. 


Dan aku semakin berani untuk tunjuk gigi aku.

SEE. Dah okay kan? Tapi sebenarnya aku bergantung dengan getah gigi yang kat tepi tu which is selalu putus dan lagi parah aku pernah tertelan getah tu. Alhamdulillah selamat. Sebenarnya kena tukar hari hari getah tu. Fungsinya adalah untuk merapatkan gap antara gigi



Dia pun nak pakai braces dan jadilah gang braces sama dengan kita. Sibuk je tiru orang ek

So sekarang aku tengah tunggu masa nak pakai chain tu then okay la boleh bukak dah kan doktor? BELUM sebab kau belum habis bayar hutang dengan dentist lagi. Haha. Tikam diri sendiri. 

So kepada you guys yang nak pakai braces and rasa macam takut-takut. Buang la rasa takut tu sebab takde mende pun nak ditakutkan pun. Sakit pun sekejap je. Nak cantik kan? Hah tahan la sikit. Tak lama pun. Hasilnya memuaskan hati. Toksey risau. Just sediakan duit je k? 

Bye korang!