Pages

Friday, 23 October 2015

Bertukar-tukar pencuci muka

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang..
Rasa macam jemah pulak nak cerita pasal produk muka. Muka aku taktau la jenis ape. Berminyak pun ye, sensitif pun ye. Dah macam macam produk aku try. Dari yang mahal sampai ke murah sampai ke mahal tapi macam takde kesan pun. Lepastu peel aku ni beli satu jenis product lepas habis product tu... aku nampak tak berkesan lepastu aku buang. Tukar yang lain pada bulan seterusnya.

Muka aku kat bahagian dahi banyak jerawat yang biji biji tu weh siyesly aku sendiri macam yekk bila tengok depan cermin lepastu kalau nak keluar rumah tepek banyak banyak foundation and concealer. 

Lepastu PIGMENTATION. Pigmentation ni terjadi bila lepas aku pakai product Collagen Plus Vit E tu. Kesan dia memang aumm cepat putih bagai sutera kulit aku. Lepastu once aku stop hah naik balik jerawat and kulit kusam pastu naik la segala pigmentation ni. Malu la akak dik baru 22 tahun dah ada pigmentation macam orang yang dah umur 40 tahun. 
Ni time zaman gemilang dengan Collagen Plus Vit E dengan harga murah sebegitu RM20 (satu set dapaat night cream day cream and sabun pencuci) 
SEMINGGU MUKA AKU PUTIH DAH WEH!

Lepastu aku stop kulit aku dah macam entah apa apa lepastu aku try macam macam product nak kasi heal and rid off all the acnes and pimples. But usaha aku membeli tak mendatangkan kejayaan.

Pastu kulit aku kusam cam entah apa apa. Lepastu jerawat biji biji kat atas dahi tuu. Sedih lah gini.

Macam macam product aku try seperti Bio Essence, Garnier, St Ives, Oxy pastu tak berkesan.


Kulit aku sebelum pakai Dnars. Ni la kulit muka aku masa nak raya. Very very scaryy :(

Lepastu aku pakai la D'nars skin care, aku rasa perubahan. Dekat kawasan dahi aku dah macam clear dah jerawat ape ape biji biji tu tapi bekas jerawat tak pudar lagiiii.

After pakai D'nars. And taraaaa. macam dah clean sikit tang dahi tu takde biji biji..

Aku stop D'nars sebab aku rasa product dia ada mercury la walaupun sedikit..

SEKARANG.. Nak cerita sekarang ni..biasa la manusia tak pernah puas dengan ape yang dia ada. Lalu aku consume vitamin C dari  21st Century
Baru je ambik food supplement ni. So far aku rasa kulit aku macam okay laa biasa je. Kalau ada jerawat, lepas dia meletus, kulit aku macam senang nak heal and recover.

Tak puas hati lagikkk. Aku beli product dari The Body Shop but this one baru beli yang starter kit punya. Sebab tenegok review orang kata yang Tea Tree punya dari The Body Shop elok. So aku pejam mata and hulur duit. Kira macam saving jugak la sebab aku membajetkan duit aku untuk beli produk Clinique. The Body Shop murah sikit dari Clinique. Bukan sikit tapi banyak. Awalnya aku nak beli Tea Tree Oil yang berharga RM39.00 itu sahaja tapi lepas aku fikir yang aku punya pencuci muka pun dah habis, beli jelah yang starter pack ni. Ada jugak Tea Tree Oil dalam dia. So aku membeli lah product ini...
Starter pack ni RM83.70 je. Kita try yang ni dulu lepastu bila okay dengan kulit baru la kita beli hok besar punya.


SA tu duk suggest aku yang ni sebab dia kata lepas pakai tea tree oil, pakai yang ni pulak so baru la bekas jerawat tu hilang. Okay la saya ambik je lahh tapi nasib baik tak mahal sangat RM39.00 tapi kecikkkk la bende alah ni. Hmm. Harap berkesan lah yek.

FINALLY.... Aku cuba dulu product product deme ni so kalau berkesan and bekas jerawat segala hilang.. aku post pulak selfie aku tanpa filter ek. Tunggu jelah. Gigih tau aku pergi spa pergi beli segala product ape semua ni sebab taknak muka bercela. Huwaaa dah la tarikh pertunangan nak dekat dah. Cuak seyh aku kalau muka cam ada cela ni. 




0 comments: