Pages

Tuesday, 20 October 2015

Journey of BRACES

I bet you guys before nak pakai braces nak buat review dulu dekat google baca blog untuk daapatkan harga murah, nak tanya sakit ke tak. Kan? Okay so sekarang aku nak cerita lah perjalanan kisah hidup aku dengan braces ataupun lebih dikenali sebagai pendakap gigi. 

Aku start pakai braces masa umur aku 19 tahun iaitu pada tahun 2013 bulan Oktober. Masa tu aku pun suka baca blog ke sana ke sini nak tengok sakit ke tak berapa harga dia. So lastly aku jumpa Klinik Gigi Dr Aina dekat Prima Saujana, Kajang yang menawarkan harga terbaik dan murah. Adik aku pun pakai braces jugak dan dia pakai dah 5 tahun kot termasuk tahun ni. Dia buat dekat Klinik Gigi Suria kat Kajang and masa dia buat kira murah tapi time aku nak buat dah mahal. Which is RM4,500. Aku? RM3,800 aku buat dekat Klinik Gigi Dr Aina. Doktor best baik lembut je. And yang paling best tak payah nak tunggu lama lama. Aku buat appointment awal awal and bila datang klinik terus jumpa doktor. Senang and efisen kan? Yes. Betul aku tak suka membazir masa. :p

Okay so nak tunjuk la keseraman gigi aku dulu macam mana and sekarang macam mana.

OKTOBER 2013 (SEBELUM)
Teruk kan? Sampai aku rasa malu and kalau nak senyum ambik gambar mesti aku tutup mulut beb. Kau cuba bayangkan betapa buruk nya gigi aku dulu!


See mesti nak tutup mulut and bibir pun dah senget sebab kedudukan gigi aku yang sangat tak teratur.

Jadi aku decide untuk pergi jumpa Doktor Aina and consult dengan dia macam mana aku boleh betulkan gigi aku. Jawapan dia tak lain tak bukan; BRACES.

Downpayment aku bayar masa tu RM1,000 kot sebab time tu je aku ada cash HAHA okay sedih. Lepastu keadaan gigi aku yang berlapis-lapis memerlukan skill doktor untuk CABUT EMPAT BATANG GIGI. Yes EMPAT. Tak sakit pun siyesly aku boleh cakap memang tak sakit berbanding dengan pakai braces masa mula-mula memang SAKIT weh. Siyesly I tell you boleh bawak gaduh weh.

So basically Doktor pakaikan aku braces dulu sebab dia nak bagi aku biasakan. Jap tunjuk gambar lagi. 


Macam buruk je HAHA yes. JANGAN GELAK

Lepastu seminggu lepas pakai aku kena cabut dua batang gigi dahulu dan tak sakit,
Kemudia next month datang lagi cabut lagi dua batang. Tak sakit. Sekian.

Bila dah lama lama pakai braces aku rasa macam malas nak pergi dentist dan pernah sampai 7 bulan aku tak pergi. Cukup 9 bulan dah boleh bersalin dah. Haha.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Dan sekarang genap aku pakai braces 3 tahun. BELUM BUKAK LAGI. Sekarang aku dah rajin pergi dentist dan aku rasa sampai buntu taktau nak warna apa lalu berkata dengan pembantu doktor "akak pilih la warna apa yang sesuai dengan muka saya. Asalkan cantik sebab saya nak cantik" 

Bab sakit aku boleh cakap masa pakai braces seminggu sakit. Lepastu kalau doktor tukarkan dawai gigi kau. SAKIT lagi beb. Sebab dawai dia makin menebal. APAKAH?

Lepastu makin lama gigi aku makin okay dan sekarang aku tengah tunggu masa nak bukak. Tak sabar. 


Dan aku semakin berani untuk tunjuk gigi aku.

SEE. Dah okay kan? Tapi sebenarnya aku bergantung dengan getah gigi yang kat tepi tu which is selalu putus dan lagi parah aku pernah tertelan getah tu. Alhamdulillah selamat. Sebenarnya kena tukar hari hari getah tu. Fungsinya adalah untuk merapatkan gap antara gigi



Dia pun nak pakai braces dan jadilah gang braces sama dengan kita. Sibuk je tiru orang ek

So sekarang aku tengah tunggu masa nak pakai chain tu then okay la boleh bukak dah kan doktor? BELUM sebab kau belum habis bayar hutang dengan dentist lagi. Haha. Tikam diri sendiri. 

So kepada you guys yang nak pakai braces and rasa macam takut-takut. Buang la rasa takut tu sebab takde mende pun nak ditakutkan pun. Sakit pun sekejap je. Nak cantik kan? Hah tahan la sikit. Tak lama pun. Hasilnya memuaskan hati. Toksey risau. Just sediakan duit je k? 

Bye korang! 







1 comments:

Anonymous said...

Downpayment dia still rm1000 ke?